( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
( ulang korus & 1 )
Teka Teki
1.Binatang apa yang tiada kepala?
Jawapan: Ketam
2.Banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang pakai tudung?
Jawapan: Singa
3.Banyak-banyak 'Pen', 'Pen' apa yang boleh dimakan?
Jawapan: Penadol
4.Banyak-banyak haiwan, haiwan apa bertelur banyak tetapi, haiwan tidak menjaga telurnya?
Jawapan: Penyu
5.Banyak-banyak kuih, kuih apa yang kita makan di tepi sahaja?
Jawapan: Donut
Subscribe to:
Comments (Atom)